Juru Komen Dapat Duit
Posted on September 26, 2008
Filed Under Buat Duit, ijamidayu, pertandingan, sharing | 2 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nie merupakan post aku yang last sempena ingin bercuti raya. jadi, sebelum aku mula bercoti aku akan berkongsi dengan anda dapatkan lagi tambahan duit lepas raya.
Anda inginkan duit lepas raya? Pasti selepas beraya kita akan kekurangan duit. Betul tak?
Jadi, saya nak shre dengan anda semua peluang untuk menambah pendapatan dengan menyertai “Juru Komen Tip Top” yang dianjurkan oleh bro Syed Hafidz.
Peluang julung-julung kali ini dianjurkan sempena ulang tahun ‘baby’ blog dia.Jadi, kepada kengkawan yang memang otai dalam komen mengomen nie..
Nie tentu pavorete pangeran nie.
Apa pun sesiapa yang berminat leh try contest nie.. Pada aku, ini merupakan salah satu teknik seo. Iaitu menarik traffic orang ramai agar terus mengunjungi blogsyed. Satu tindakan yang bijak!!
Apa pun, aku pun baru first fime kunjungi blog syed nie. Honestly..
Bro syed umum contest kat ruang di WC. Forum kegemaran dan tempat aku menjana ilmiah perniagaan internet.
Aku pun tak berkesempatan nak explore blog dia. Maka, pada kengkawan yang nak try contest nie leh le kunjungi blog Syed DISINI.
Sekian dulu celoteh aku untuk bulan Ramadhan al-mubarak. Esok aku mula bercoti panjan, selama 2 minggu beraya di kampung kelahiranku di Sg. Tiang Pendang,Kedah dan kampung wife aku di Alor Gajah, Melaka.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari aku dan keluarga untuk semua rakyat Malaysia..Harga Minyak Turun Lagi!!
Posted on September 25, 2008
Filed Under Buat Duit, pendapat anda, sharing | 2 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semalam merupakan satu berita kepada pengguna minyak Malaysia. Harga diesel dan petrol turun sebanyak 10 sen. Adakah ia mencukupi dan ia mengubah dan meningkatkan ekonomi keluarga yang merudum akibat kenaikan harga minyak yang melampau lepas?
Saya sendiri mendengar banyak rungutan dari pihak ofis yang mengatakan perkara ini tidak mengakibatkan penurunan harga barang. Pernahkah berlaku dalam penurunan harga barang akibat penurunan harga minyak di Malaysia?
Saya baru sahaja mendapatkan produk keluaran Labanon atau nama sebenar Adly. Produk beliau yang pernah saya miliki setakat ini Rahsia 10k, Pakej blog dan Tips Adsense 101.
Tips Adsense 101 baru jerk dapat pagi nie. Dalam email yang diberi oleh Labanon dia mengatakan awat tak minta jer dari dia. Pada saya, ilmu yang dia kongsikan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihimpunkan. Maka, kita harus tidak menanamkan sifat meminta-minta apabila ditawarkan perkara sedimikian.
Pada saya, Labanon walaupun baru berusia 18 tahun minda serta tingkah lakunya amat-amat berbeza dengan umurnya. Semoga semakin ramai bangsa melayu yang memulakan perniagaan internet nie. Pada saya, ini adalah salah satu cara kita dapat meningkatkan tahap ekonomi kita.
Jangan ada sikap mementingkan diri sendiri dan berasa dengki hianat terhadap kejayaan orang lain. Kita patut doakan dia semakin berjaya dan kita akan mengikut jejak langkah mereka.
Seperti yang ramai kenali, Irfan Khairi juga merupakan nama yang pasti dikenali ramai terutama yang berminat untuk menamabah pendapatan dalam arena perniagaan internet. Beliau juga menganjurkan seminar serta buku-buku yang dihasilkan juga amat berkualiti.
Nanti saya akan kongsi dengan anda semua kelebihan buku 101 Tips Adsense nie. mungkin lepas raya kot..
Tengah mood Raya nie.. Laallalala.. Nak balik kampung minggu depan..
LANGKAH PERTAMA MENJANA PENDAPATAN
Posted on September 24, 2008
Filed Under Buat Duit, ijamidayu, pendapat anda, sharing | 3 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kerana terus mengunjungi blog saya. Sebenarnya aku dah dalam mood raya nie. Aku akan mula bercoti bermula hari sabtu nie.
Semalam telipon semua kengkawan kerana Hotlink bagi aku free call sempena harijadi aku.
Apa lagi contact la semua kengkawan. Sesiapa yang terlepas tue maaf la yerk.. Seperti biasa antara soalan yang paling ‘famous’ dan best aku dengaq adalah, ‘Bisnes apa sekarang?’
Aku apa lagi, dengan bangga habaq la wat bisnes Internet. Ramai juga yang tak tau. Ramai juga yang tahu.
Ada yang tahu lebih lanjut. Aku cakap, mulakan dengan belajar dari forum. Forum paling aku syorkan adalah Wang Cyber, kerana aku sendiri bermula dekat sana.
Jadi, pada member-member aku yang kenali aku jangan la segan-segan tinggalkan komen anda pada blog aku nie yerk.
Kadang-kadang tanpa komen dari kengkawan kita rasa macam SIOK sendirik jerk..
Tapi apa pun pada aku. Itu adalah asam garam dalam penulisan blog nie. Maka!! Jangan mudah putus asa!
Bagi kengkawan yang masih mencari-cari apa perlu buat nak dapat duit melalui internet? Nah! Aku suggest peluang nie untuk anda. Share dengan kengkawan lain dapat $1 untuk setiap download. Untuk dapatkan Ebook dan peluang menjana wang pertama anda KLIK SINI.
Ini adalah langkah pertama anda perlu lakukan sebagai langkah pertama Menjana Pendapatan Internet anda.
Sehingga berjumpa lagi.
Hari Lahir Ke 26 Tahun
Posted on September 22, 2008
Filed Under ijamidayu, sharing | 3 Comments
Assalammualikum dan salam sejahtera..
Just nak share dengan anda semua, hari nie merupakan hari lahirku ke 26 tahun..
Jadi ? Apa kene mengena dengan kami..
Ada kot.. Aku pun nak rasa jadi cam Sultan..
Time hari jadi bagi hadiah kat orang..
Ok tak? So, kepada semua yang sudi meluangkan masa mengunjungi blog aku nie.. Tibalah masa dan ketikanya aku berkongsi hadiah dengan anda semua.
Harap ia akan dapat dimanfaatkan bersama.
Ini adalah link kepada hadiah tersebut.
http://www.ziddu.com/download/328176/U_Make Your Ebook Sell.zip.html
http://www.ziddu.com/download/328174/U_Top Paying Adsense Words.zip.html
Harap ia dapat dimanfaat bersama.
Cash Crate | Pendapatan Melalui Survey | Duit Raya
Posted on September 19, 2008
Filed Under Buat Duit, ijamidayu, sharing | Leave a Comment
Assalamualikum dan salam sejahtera.
Perkongsian aku hari nie dalam bentuk video. Ini pun 1st trial aku dalam menggunakan CamStudio.
Jika ada masalah dari segi bunyi harap dapat dimaafkan.
Jadi akan diperbaiki dari masa ke semasa. Mungkin suara saya kureng jelas kelihatan. Maaf kerana background yang agak bising.
Pasti ada yang pernah mendengar Cash Crate dan ada yang belum pernah. Ini adalah lagi contoh peluang mendapat pulangan pendapatan. Mereka yang biasa menjana wang melalui PTC pasti tiada masalah. Jadi, ini adalah sedikit perkongsian saya dengan anda.Bagi yang ingin menambahkan duit raya. Boleh dapatkannya disini. Ebook percuma menjana wang melalui edaran secara percuma. Selain dari itu kita boleh mendapat peluang untuk menambah visitor ke blog atau web kita. Kunjunginya DISINI
Bukan itu sahaja, jika kita berkongsi dengan rakan-rakan taulan setiap download kita mendapat USD 1 untuk setiap satu. Nah!! Apa lagi!! Share cepat dengan rakan-rakan anda untuk menambah duit raya.
Saya harap dengan dua perkongsian saya ini akan menambah pengetahuan anda cara-cara menambah income untuk Hari Raya anda. Selamat Maju Jaya.
p/s: Pertandingan CashCrate berlangsung selama 2 bulan. Jadi, untuk mengelakkan kita terlepas peluang itu daftar segera!!
pp/s: Ingin Duit Raya? Download Segera Free Off Casss!!
MAJALAH IM #7 ESKLUSIF BERSAMA BRO ALANG
Posted on September 13, 2008
Filed Under Buat Duit, ijamidayu, pendapat anda, pertandingan | Leave a Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog First Full Earn yang berilmu.

Majalah IM telah masuk keluaran yang ke 7. Adakah anda telah mendapatkannya? Bagi mereka yang belum lagi mendapatkan produk berkualiti yang diedarkan secara percuma ini. Dapatkan segera!!
Segala informasi yang ada didalam produk keluaran Team Flarebiz ini amat-amatlah berguna kepada mereka yang ingin memulakan serta memahami apa itu sebenarnya perniagaan internet.
Sedikit perkongsian saya berkenaan Majalah IM #7 nie.
Rahsia Kejayaan Samsul Zamzuri a.k.a Alang, dibongkar oleh team Majalah IM. Tips-tips ini dibuat dalam bentuk MP3 file format untuk memudahkan kita mendengar berulang kali di MP3 atau MP4 kita. Beberapa tips berguna kepada mereka yang baru untuk memulakan Perniagaan Internet.
Bro Alang juga menasihatkan kepada mereka yang ingin berhenti kerja dan memulakan perniagaan internet secara sepenuh masa, pastikan anda mempunyai pendapatan mencecah lima angka dan ianya konsisten.Setelah anda memperolehi pendapatan RM XXXX barulah anda berhenti kerja. Selain dari itu bro Alang juga berkongsi dengan kita memulakan web direktori berbayar atau percuma.
Kupasan mengenai perniagaan Internet menggunakan produk fizikal oleh Adly a.k.a Labanon, Zamri Nanyan dan Noorizam Shah.
Bagaiamana mereka menjalankan perniagaan Internet menggunakan produk fizikal.
Perbandingan yang ketara berkenaan keuntungan produk digital dan produk fizikal
Memulakan langkah bijak dalam memilih untuk memulakan perniagaan fizikal.
Mindset yang betul untuk menarik KEKAYAAN - Amar Mahmood. Satu topik yg menarik minat aku dalam membetul ‘mindset’ aku. Kupasan berkenaan ‘mindset’ yg salah digunakan.
Ruangan soal jawab yg dikelola oleh Bro Amirol. Soalan yang berkisar memulakan perniagaan internet. Bagaimana saya nak kaya dalam masa yang singkat.
Siri Booth Camp anjuran Gobala Krishnan. (Pasti Best kalau sertai camp nie, Gobala kongsi banyak info perniagaan internet beliau).
Selain itu Bro Smartzul - Topik yang disentuh agak menarik berkenaan Hijrah.
Kak galadriel - Who’s say Internet MarketerDont Go Anywhere?
Bro Kidino- Disentuh berkenaan Viral List.
Bro Sansudin Kadir- Membiayai Impian Dengan Duit Gaji
Bro Syed Ikhwan - Kepakaran beliau Adsense
Bro Irwan Dahnill - Kepakaran Dalam ilmu perniagaan SMS. Penipuan Melalui SMS.
Bro Zamri Nanyan - Selain Mengulas Produk Fizikal menyentuh juga Perniagaan Mail Order!
Fuh.. Banyak betul..
Semuanya anda boleh perolehi secara percuma.. Segalanya DISINI. Diharap perkongsian dari saya akan mebuka minda anda untuk terus mendownload MajalahIM ini dengan segera.
Sedih | Insaf | Pengajaran
Posted on September 12, 2008
Filed Under ijamidayu, insaf, pendapat anda | 2 Comments
Assalamualikum dan salam sejahtera..
Aku baru sahaja balik dari melawat makcik aku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sesudah sampai jer kehadiran aku di PPUM, sudah ramai sanak saudara memenuhi ruang legar melawat aras 7u, PPUM.
Tak lama dalam 10 minit aku berada disana, doktor melihat dan mengatakan makcik aku tiada harapan.. Sudah pasti ini amat menyedihkan semua pihak terutama anak-anak dan suami makcik aku.
Sempat aku menyedekahkan bacaan YASSIN untuk disedekahkan kepada makcik aku.. Terasa hiba hati nie, bila menyedekahkan makcikku bacaan YASSIN.
Selesai menyedekahkan bacaan YASSIN, aku meminta diri untuk pulang ke ofis. Dalam perjalanan pulang ke ofis aku mengira-ngira. Sungguh cepat hidup ini berlalu..
Dalam aku gembira menerima kelahiran anak sulungku, makcikku pula dalam keadaan nazak. Aku tidak tahu kondisinya buat masa sekarang. Aku terpaksa pulang ke ofis untuk selesaikan tugas-tugasku di ofis.
Dalam perjalanan pulang tiba-tiba motor yang dinaiki aku tiba-tiba mati lak.. Aduh.. Apahal lak motor nie dalam keadaan macam nie…
Start dekat 6 kali, aku mula putus asa. Awat yg mati lak motor nie tiba-tiba. Aku buntu, tetiba aku teringat nak buka tangki minyak untuk lihat kuantiti minyak dalam tank. Loooooo.. Minyak abih rupanya.. Aku ditipu oleh meter motoku sendiri rupanya..
Dalam masa tak sampai 4 jam 3 perkara berlaku dalam hidup aku.. Cobaan dari ALLAH akan tiba pada kita tanpa kita duga dan sangka.. Maka, hadapi cabaran ini dengan tabah dan redha..
JOM BALIK KAMPUNG Tol Free | Malaysia Today ‘Bebas’
Posted on September 12, 2008
Filed Under Buat Duit, Santai, ijamidayu, pendapat anda, sharing | 2 Comments
Assalamualikum dan salam sejahtera kepada member-member sekalian..
Pagi nie masuk ofis aku singgah library ofis.. Pinjam sikit buku dan sempat la baca sedikit ruangan paper..
Tajuk yang agak menarik kepada mereka yang ingin pulang beraya di kampung.. Termasuk kepada aku yang akan pulang ke KEDAH tahun nie..
Lama dah tak balik kampung jumpa sanak saudara dan rakan-rakan taulan..
TOL DIBERI PERCUMA ATAU DISKAUN 50%
Satu tajuk berita yang agak menggembirakan semua pengguna. Tetapi adakah ia bersesuaian dan dapat dilaksanakan? Waktu untuk dilaksanakan la mungkin tak dapat dimanfaat oleh semua. Sehari sebelum raya dan sehari selepas raya..Adakah ia dapat membantu masalah kita yang benar-benar terhimpit di kala semua harga meningkat?
Adakah ia benar-benar free..
Kita tunggu dan lihat jer la yerk..
Malaysia Today di’bebas’kan
Kerajaan me’lepas’kan Malaysia Today, dalam berita ini antara dua perkara yang sempat aku kongsi bersama.
Kunjungan traffic yang amat tinggi, kerana isu politik dalam Malaysia.
Setakat nie sahaja perkongsian aku untuk all members..
Aku dan Ramadhan
Posted on September 11, 2008
Filed Under Buat Duit, ijamidayu, pertandingan, sharing | 2 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…
Pada bulan yang mulia nie pasti ramai yang teringat kisah-kisah lepas mengenai bulan Ramadhan.. Pada aku, ia memberi seribu satu pengajaran yang tidak ternilai harganya kepada aku.
Setiap orang pasti ada kisah yang ingin dikongsi bersama-sama kengkawan serta pengajaran kepada anak-anak anda.
Saya sendiri ada kisah yang ingin dikongsikan bersama kengkawan semua, ini pun disebabkan oleh saudara kita nuaeman buat contest “Aku dan Ramadhan”.
Jadi, sebagai langkah untuk mendapat hadih pertama dia, aku try grab peluang nie..
Kisah aku bermula bila nak mula start pose. Seingat aku dalam umuq 10 tahun la kot.
Kisahnya bermula.. (Eceh macam penglipur lara lak) Setiap kali masuk jer bulan Ramadhan, aku pasti teringat kisah nie. (Tak pasti ler kisah lawak atau menginsafkan) Pasti pada aku ia bercampur aduk.
Biasa la budak-budak, nak-nak abih sekolah dalam kol 12.00 tgh. Jadi, kompom panas time tue. Punya la penat gila, balik sekolah time tue. Balik lak jalan kaki jerk.. Pergh.. Dugaan sungguh.. Lalu kedai yang berada sepanjang perjalanan balik ke rumah dalam 8 kedai makan mamak. Pergh.. Nampak jerk dia bungkus air untuk orang cina yang beli di kedai dia.. Berpeluh-peluh plastik bungkus air pepsi dia.. Fuh.. Sionyer kalau dapat minum ayaq tue time bulan posa, panas-panas lak time tue..
Apa jua ku gagahkan jua kaki untuk pulang ke rumah. Alhamdullilah sampai jua kakiku ke rumah. Terus jer ku masuk rumah, dengan pantas aku capai towel untuk berendam..
Tak dan aku nak masuk bilik air, aku dengaq suara mak aku menjerit.. ” Ijam…. Mana nak pergi tue!!!!” Pergh… Terkuzat aku.. Pantas aku melarikan diri dari pandangan mata mak aku..
Keesokan hari, perkara sama tetap berulang. Tapi bab nak masuk bilik air, aku rikey line dulu. Bila line clear dengan pantas aku terjun dalam kolah umah mak aku tue.. Fuh…. Siok!!! Sejuk gila rasa badan aku masa tue..
Selesai jer aku mandai dalam kolah mandi tue, aku dengan tersenyum sipuh keluaq dari bilik ayaq.. Sambil bersiul-siul.. Lalalalalal!! (Hati gembira dah dapat telan ayaq dalam kolah tadi).
Kegembiraan aku rupanya sementara sahaja, tau-tau jer telinga aku dah kena piat ngan mak aku.. Apa lagi.. Menjerit la minta tolong.. Menangis ngalahkan orang kena sebat hukuman penjara tue..
Wayang la tue.. Huhuhu..
Itu semua kisah yang berlaku hampir 16 tahun yang lepas. Bila kenang-kenang balik.. Tersenyum sendiri aku.. Kini, aku sendiri dah punya keluarga. Dah ada baby boy lagi.. Baru nak masuk 2 bulan..
Entah apa lak cerita dia bila nak mula pose lak..
Moga tak ikut jejak langkah walid dia sudah.. Aku harap, dengan perkongsian aku nie walau tak berapa best tapi ia ada cerita disebaliknya untuk kita tatapi bersama.
p/s: Ini adalah penyertaan aku dalam contest yang dianjurkan oleh bro Nuaeman.. Pada sesiapa yang masih belum wat lagi.. Leh join contest nie.. Maklumat Lanjut contest SINI..
Muhammad Nafiis (Baby Boy Aku)
Irwan Dahnil | Scam SMS
Posted on September 9, 2008
Filed Under Buat Duit, ijamidayu, motivasi, pendapat anda, sharing | 5 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Agak ‘killer’ header aku hari nie..
Sebenarnya aku dapat benda nie dari team Flarebiz.
Jadi, untuk mengelakkan ramai yang terus terjebak dari penipuan melalui SMS aku cadangkan korang amik jer ebook nie..
Masakan si Irwan Dahnil nie yang dikenali ‘ ikon perniagaan SMS di Malaysia ‘ nak menipu anda semua. Betul tak?
Oklah, setiap kupasan dalam ebook yang diterbitkan nie, isi-isinya ada yang pernah aku dapat. Nak tau apa isinya?
” Tahniah! No Sim anda berjaya memenangi RM 20,000 cabutan dari PETRONAS. Anda boleh menuntu hadiah dengan menelifon 012-XXXXXX”
Nah!! Sesiapa yang ketandusan dan kekeringan wang dan dalam mata ada simbol $$$$ bling-bling nie. Kompom akan fon mamat yang tak guna nie!!
Jadi, sebagai langkah yang agak bijak dan mengelakkan diri anda kita semua Rakyat Malaysia terus ditipu.. Dapatkan ebook ini secara PERCUMA!!
Setakat nie la dahulu omelanku untuk kengkawan semua!! Moga anda mendapat manfaat dari info yang percuma nie. Team Flarebiz,Irwan Dahnil, dan Salleh Isa. Thanks for nice info for all of us. Semoga ALLAH membalasnya dengan kesedaran yang bermanfaat kepada kami semua.

Tajuk: SMS Scam
Tagline: Penipuan SMS Yang Perlu Anda Tahu
Penulis: Irwan Dahnil & Salleh Isa
Harga: RM67 PERCUMA!
p/s: Harap anda dapat meninggalkan komen ini untuk dikongsikan bersama.
keep looking »











